Menghilangkan Jerawat Dan Menghaluskan Wajah adalah salah satu dari pelbagai teknik yang sangat popular di kalangan pengguna Photoshop. Cara ini juga boleh digunakan untuk menghilangkan jeragat dan juga menhilangkan kesan kilauan akibat muka berminyak. Biasanya tujuan kita mengedit dengan teknik ini ialah untuk menambahkan keyakinan diri selain dari kelihatan cantik dan menarik.
Ok!! kita teruskan dengan membuka photo/gambar yang hendak kita hilangkan jerawat, jeragat ataupun kilauan akibat muka berminyak. Klik pada menu File - Open dan cari photo/gambar yang hendak diedit kemudian klik Open. Setelah photo/gambar dibuka, klik pada menu Layer - New - Layer ataupun gunakan shortcut key dengan menekan Shift + Ctrl + N.
Layer baru akan ditambah. Selepas layer baru ditambah kita akan mulakan proses menghilangkan jerawat, jeragat ataupun kesan kilauan akibat muka berminyak dengan memilih Spot Healing Tool.
Selepas Spot Healing Tool dipilih, pastikan aturan pada Sample All Layer ditanda. Apabila ianya ditanda Photoshop secara automatik akan mengesan warna dan juga tekstur pada kulit. Klik pada setiap tompokan jerawat untuk menghilangkannya
Klik pada setiap tompok jerawat bagi menghilangkannya. Ianya agak memakan masa. Jadi teruskan sehingga anda berpuashati terhadap editan yang dibuat.
Ini ialah hasil akhir selepas saya menghilangkan jerawat menggunakan Spot Healing Tool tadi. Cuba perhatikan pada gambar di bawah, itu adalah kawasan yang telah saya edit menggunakan Spot Healing Tool.
Setelah anda berpuashati pada photo/gambar klik pada menu Layer - Merge Visible Layer ataupun gunakan shortcut key dengan menekan Shift + Ctrl + E atau Shift + Ctrl + Alt + E.
Layer 2 itu ialah hasil gabungan layer 1 dan juga background. Jika anda menggunakan menu Layer - Merge Visible Layer atau menggunakan Kekunci Shift + Ctrl + E, photo/gambar terus sahaja digabungkan pada layer asal iaitu Background tetapi kerana saya menggunakan shortcut key Shift + Ctrl + Alt + E jadi gabungan antara layer background dan juga layer 1 menjadi layer 2. Sekalipun imej tergabung pada background hasilnya tetap sahaja sama dan tiada apa-apa perbezaan pun.
Selepas itu klik pada menu Filter dan pilih Camera Raw Filter
Di sini saya cuma melakukan perubahan aturan pada Exposure dan juga Clarity. Exposure ialah tool yang membolehkan kita menambah dan juga mengurangkan kesan cahaya manakala Clarity pula manghaluskan dan juga menerangkan tekstur sesebuah objek. Jadi jangan terlalu terikat pada aturan yang saya buat kerana tekstur dan saiz setiap photo/gambar adalah berbeza.
Hasilnya :
Selamat Mencuba..
Kalau merasakannya masih agak sukar..Saya juga telah menyediakan video..mungkin dengan video anda semua lebih mudah memahami dan mengikuti setiap langkahnya.
0 ulasan:
Catat Ulasan