Ahad, 12 Oktober 2014

Cara Menggunakan Photoshop Action ( ATN File )

Photoshop Action adalah salah satu tool yang terdapat pada Adobe Photoshop yang berfungsi mengingati kesemua langkah yang kita lakukan sewaktu melakukan proses mengedit. Apabila kita menyimpan langkah-langkah yang kita lakukan sewaktu melakukan pengeditan maka pada masa akan datang jika kita ingin melakukan editan dengan effect yang sama, bukan sahaja akan menyenangkan kita malah masa juga dapat dijimatkan.
Saya akan tunjukkan cara bagaimana hendak menggunakan Photoshop Action yang telah siap dibuat. Tutorial ini menggunakan Adobe Photoshop CC dan boleh dipraktikkan pada versi Photoshop CS6.

Langkahnya :
-Buka Photoshop

Photoshop Action

- Klik Action ( yang telah ditanda dengan segiempat ) kemudian klik pada bahagian yang telah dibulatkan kemudian pilih Load Action. Cari fail Photoshop Action ( ATN ) yang telah disimpan atau yang baru didownload. Klik dan pilih Load.


- Apabila sahaja proses load selesai maka akan muncullah nama Photoshop Action tersebut. Klik pada anak panah dan pilih jenis Action yang hendak digunakan.

Photoshop Action

- Pilihlah photo/gambar yang hendak kita edit menggunakan Photoshop Action. klik pada menu File -> Open


- Apabila sahaja fail ( Photo/gambar ) yang hendak diedit dibuka, anda cuma perlu pilih jenis Action kemudian klik pada anak panah tu. dan Photoshop akan bekerja sendiri. Anda cuma perlu tunggu hasilnya.
Photoshop Action
Frame Putih By Jusly H ( Photoshop Tutorial )





0 ulasan:

Catat Ulasan

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *