Layer adalah lapisan yang membolehkan kita mengubah, menambah, mengurangkan dan juga menukar kandungan samada objek mahupun warna yang terdapat di dalam photo/gambar.
Sebagai Contoh :
Sekalipun cuma berlaku sedikit penambahan ianya tetap memerlukan Layer untuk membuat perubahan tersebut.
Cuba perhatikan, Untuk menambahkan kesan api pada tangan ianya memerlukan sekurang-kurangnya 1 layer. Cara menambahkah Layer pula adalah sangat mudah di mana anda cuma perlu klik menu Layer - New - Layer kemudiannya klik OK.
Anda juga boleh membuka atau membuat layer baru dengan menekan shortcut key iaitu Shift + Ctrl + N. Pada layer inilah kita akan membuat penambahan ( Teks, Imej, dan sebagainya ).
Sekalipun layer tersebut adalah Layer Mask fungsinya juga tetap sama. Mungkin penerangan ini terlalu ringkas tetapi rasanya memadai untuk mengetahui fungsi layer.
0 ulasan:
Catat Ulasan