Sebuah blog yang menyediakan pelbagai tutorial mudah mengedit serta memanipulasi photo/gambar menggunakan Adobe Photoshop CC dan juga Adobe Photoshop CS6.
Sesuatu gambar/photo jika diedit mengikut kreativiti dan juga diedit dengan cara yang betul, mesti ianya kelihatan sangat menarik walaupun hanya ditukar menjadi lukisan. Langkah membuat sesebuah gambar itu menjadi lukisan Pensel kayu saya permudahkan dengan cuma menggunakan Arahan tetapi lebih senang jika sambil membaca arahan perhatikan pula tutorial pada video.
Langkahnya :
1.Buka gambar/photo
2.Klik pada Layer kemudian pilih Duplicate ( Ctrl + J )
3.Klik pada Create a New Fill Or Adjusment Layer kemudian pilih Color Lookup
4.Tandakan pada Abstract dan pilih Pastel 8 Hues
5.Klik pada Layer yang telah diduplicate ( Background Copy ) kemudian tekan kekunci Ctrl + i
6.Tukar Normal menjadi Color Dodge
7.Klik pada menu Filter dan Pilih Blur kemudian Gaussian Blur
8.Ubah tetapan sesuai dengan keinginan kamu ( agar photo kelihatan seperti lukisan )
9.Klik pada Layer Color Lookup kemudian tekan kekunci Shift + Ctrl + Alt + E atau anda boleh klik pada menu layer → Merge Visible Layer
10.Klik lagi pada Create a New Black & White Adjustment..
11.Sesuaikan setiap Tetapan channel.
Setiap Photo/gambar mempunyai tona warna tersendiri, mempunyai kesan yang tersendiri bergantung kepada jenis, model dan juga saiz pixel sesebuah peranti yang digunakan untuk mengambil photo/gambar tersebut.. ( Camera ataupun Handpnohe ). Walaupun mungkin peranti yang digunakan canggih tetapi terkadang terdapat juga hasil gambar yang diambil kurang memuaskan seperti warna agak pudar dan sebagainya.
Kali ini saya akan memberikan tips mudah memperbaiki tona warna tidak kira samada imej yang hendak diperbaiki warnanya itu diambil menggunakan Kamera ataupun Handphone. Ianya boleh diperbaiki dengan fungsi Level yang terdapat pada photoshop.
Caranya buka photo/gambar dengan klik pada menu File → Open
Apabila sahaja level di klik maka akan muncul layer level dengan nama level 1,
Gambar atau photo yang berkualiti biasanya mempunyai graf level yang penuh dan tidak mempunyai ruang pada bahagian tepi.
Pada bahagian yang telah saya tandakan, Atur level dengan merapatkannya pada bahagian tepi graf. Perhatikan pada gambar di bawah.
Jika anda merasakan atau berpuashati terhadap kualiti warna selepas level pada channel RGB diperbaiki, anda bolehlah save photo tersebut, tetapi saya lebih menyarankan agar kesemua channel diperbaiki.
Akhir sekali perbaiki juga graf level pada Channel Blue.. Hasil akhir photo/gambar kepunyaan saya adalah seperti dibawah..
Jika penerangan ini agak sukar atau anda kurang faham, saya juga telah menyediakan videonya. Mudah-mudahan ianya akan lebih membuat anda semua faham..
Salah satu kehebatan Photoshop ialah kemampuannya membuat pelbagai jenis teks atau jenis tulisan dan salah satunya ialah Tulisan dengan effect warna emas atau biasa disebut sebagai Teks Emas. Saya cuba buat tutorial semudah dan sesenang mungkin agar mudah diikuti. Ok!! Mulakan dengan membuka layer baru. Klik menu File → New atau gunakan shortcut key Shift + Ctrl + N kemudian atur lebar ( witdh ) dan juga tinggi ( Height ) sesuai dengan keinginan anda.
Lebar, tinggi dan juga background content itu boleh diatur sesuai dengan kemahuan anda. Jangan terlalu tekankan kepada aturan yang telah saya buat. Namanya pun tutorial kan? jadi ianya cumalah sekadar contoh. Di sini aturan yang telah saya buat ialah lebar 850pixel dan tinggi ialah 250pixel dengan transparent background. Dokumen sebegini biasanya sesuai untuk header sesebuah blog. Setelah selesai membuat aturan klik OK.
Untuk aturan font, saiz dan juga jenis font adalah bebas asalkan jenis font tersebut adalah solid. Maksudnya di sini adalah font yang tidak mempunyai efek 3D. Taipkan apa sahaja perkataan yang anda mahukan.
Di sini saya membuat contoh Photoshop Tutorial
Selepas itu langkah menerapkan kesan dan warna bermula. Anda boleh klik pada menu Layer→Layer Style→Bevel & Emboss atau klik pada fx kemudian pilih Bevel & Emboss.
Klik Lagi pada Contour kemudian naikkan kepada 100%. ( Aturan ini bukan wajib diikuti, ia cuma untuk menghaluskan noise yang terbentuk pada tulisan selepas Aturan Bevel & Emboss dilakukan ).
Tandakan Gradient Overlay dan ikuti Aturan yang telah saya buat.
Akhir sekali tandakan pada Colour Overlay kemudian pilih warna yang bersesuaian.. Di sini aturan yang saya buat adalah seperti gambar dibawah.
Setelah warna dipilih klik Ok ( Colour Picker (Overlay Colour) kemudian klik Ok Lagi pada Layer Style. Hasil Akhir adalah seperti pada gambar di bawah.
Peringatan : Aturan pada Bevel & Emboss adalah bergantung kepada jenis font yang digunakan.
Menghilangkan Jerawat Dan Menghaluskan Wajah adalah salah satu dari pelbagai teknik yang sangat popular di kalangan pengguna Photoshop. Cara ini juga boleh digunakan untuk menghilangkan jeragat dan juga menhilangkan kesan kilauan akibat muka berminyak. Biasanya tujuan kita mengedit dengan teknik ini ialah untuk menambahkan keyakinan diri selain dari kelihatan cantik dan menarik.
Ok!! kita teruskan dengan membuka photo/gambar yang hendak kita hilangkan jerawat, jeragat ataupun kilauan akibat muka berminyak. Klik pada menu File - Open dan cari photo/gambar yang hendak diedit kemudian klik Open. Setelah photo/gambar dibuka, klik pada menu Layer - New - Layer ataupun gunakan shortcut key dengan menekan Shift + Ctrl + N.
Layer baru akan ditambah. Selepas layer baru ditambah kita akan mulakan proses menghilangkan jerawat, jeragat ataupun kesan kilauan akibat muka berminyak dengan memilih Spot Healing Tool.
Selepas Spot Healing Tool dipilih, pastikan aturan pada Sample All Layer ditanda. Apabila ianya ditanda Photoshop secara automatik akan mengesan warna dan juga tekstur pada kulit. Klik pada setiap tompokan jerawat untuk menghilangkannya
Klik pada setiap tompok jerawat bagi menghilangkannya. Ianya agak memakan masa. Jadi teruskan sehingga anda berpuashati terhadap editan yang dibuat.
Ini ialah hasil akhir selepas saya menghilangkan jerawat menggunakan Spot Healing Tool tadi. Cuba perhatikan pada gambar di bawah, itu adalah kawasan yang telah saya edit menggunakan Spot Healing Tool.
Setelah anda berpuashati pada photo/gambar klik pada menu Layer - Merge Visible Layer ataupun gunakan shortcut key dengan menekan Shift + Ctrl + E atau Shift + Ctrl + Alt + E.
Layer 2 itu ialah hasil gabungan layer 1 dan juga background. Jika anda menggunakan menu Layer - Merge Visible Layer atau menggunakan Kekunci Shift + Ctrl + E, photo/gambar terus sahaja digabungkan pada layer asal iaitu Background tetapi kerana saya menggunakan shortcut key Shift + Ctrl + Alt + E jadi gabungan antara layer background dan juga layer 1 menjadi layer 2. Sekalipun imej tergabung pada background hasilnya tetap sahaja sama dan tiada apa-apa perbezaan pun.
Selepas itu klik pada menu Filter dan pilih Camera Raw Filter
Di sini saya cuma melakukan perubahan aturan pada Exposure dan juga Clarity. Exposure ialah tool yang membolehkan kita menambah dan juga mengurangkan kesan cahaya manakala Clarity pula manghaluskan dan juga menerangkan tekstur sesebuah objek. Jadi jangan terlalu terikat pada aturan yang saya buat kerana tekstur dan saiz setiap photo/gambar adalah berbeza.
Hasilnya :
Selamat Mencuba..
Kalau merasakannya masih agak sukar..Saya juga telah menyediakan video..mungkin dengan video anda semua lebih mudah memahami dan mengikuti setiap langkahnya.